Assalamualaikum,
Hai
semua. Entry pertama haruslah bercerita macam mana boleh tergerak hati nak guna
Mary Kay kan. Okay semuanya bermula bila saya tersalah pakai produk. Produk
D****. Bila 2 hari pakai terus naik jerawat yang banyak sangat kat muka. Muka
jadi menggerutu, bila pakai bedak memang nampak sangat biji-biji jerawat tu.
Masa tu serius takde keyakinan nak berhadapan dengan orang, tengok cermin je
mesti jadi sebak. Lagi sedih bila orang asyik tegur kenapa muka naik jerawat.
Sebab sebelum tu kulit saya memang okay je.Tapi tetap teruskan pakai Produk
D****, sebab rasa tu konon-konon macam healing crisis nak buang benda2 kotor
dalam kulit. Tapi makin lama makin banyak pulak keluar jerawat kecik-kecik.
Sebulan jugak saya pakai. Sebak-sebak tu tetap nak pakai jugak! Haha
Actually
ni bukan pertama kali tersalah pakai. Before ni pernah lagi teruk. Saya pakai
produk dari Korea. Agak femes jugak produk ni. Kulit saya jadi macam terbakar
sampai kena refer ke hospital pakar. Setiap 2 minggu kena pergi follow up. Haaa
teruk kan? Tapi saya tak pernah serik. Haihhhh suraya suraya. So bila naik
jerawat banyak masa pakai Produk D**** tu, saya fikir saya kena cari produk
yang organik dan mineral yang semestinya memang selamat untuk kulit saya yang
sangat sensitive ni. Jadi mulalah saya buat research dan survey tentang produk2
kecantikan sehinggalah jumpa tentang Mary Kay ni. Syukur kepada Allah sebab
jodohkan saya untuk kenal dua org insan hebat iaitu Kak Has dan Kak Jue. Dorang
berdua ni lah yang baik hati melayan segala pertanyaan saya pasal Mary Kay :)
okay. ni masa pakai produk Korea tu. Dec 2011. macam luka
accident pun ada. Tengah nangis time ni. Tengok tu mata berair. huhu
Saya mula
pakai Mary Kay pada 4 March 2014. Produk Mary Kay pertama yang saya pakai ialah
basic set Botanical Effects Skin Care yang terdiri daripadaCleanser,
Hydrate, Freshener dan Mask. Next entry saya akan cerita pengalaman pertama
gunakan set ni okay? Sekarang dah hampir 2 bulan saya gunakan produk Mary Kay
dan secara jujurnya saya sangat berpuas hati dengan Mary Kay. Kalau tak puas
hati takkan lah baru 2 bulan menggunakan Mary Kay saya terus sign up
jadi Beauty Consultant kan? Kulit saya lebih baik dari sebelum ni.
Taklah terus flawless licin macam telur dikupas tu tapi kulit saya semakin
sihat. Paling penting saya rasa lebih confident :)
Cuba
tanya diri sendiri tu nak pakai produk yang banyak bahan kimia dan cepat nampak
kesan tapi akhirnya akan menghakis dan merosakkan kulit yang seterusnya akan
menyumbang kepada kanser kulit atau pakai produk berasaskan tumbuhan dan
bahan-bahan mineral yang lambat nampak kesan tapi selamat dan akan terus
menyihatkan kulit? Sebab tu saya pilih Mary Kay. Biar lambat asalkan selamat.
Mary Kay ni adalah produk antarabangsa yang dah wujud selama 50 tahun
Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan dalam produknya terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan dan tak mengandungi bahan yang menyebabkan alahan (commonly
known allergy-causing ingredients). Semua ujian yang dilakukan tak pernah diuji
ke atas haiwan. Selamat digunakan walaupun mempunyai kulit sensitif atau
bermasalah. Saya tengok pengguna Mary Kay ni makin berusia makin cantik
pulak kulit diorang. Tu yang saya excited. hee! :)
29/02/2014 Produk D****. Takot takkk? teruk kannn. Masa ni
sangat-sangat down. Dengan kulit kusam. Parut lama xhilang tambah lagi dengan
jerawat baru :(
29/03/2014. Selepas hampir sebulan gunakan Mary Kay.
tadaaaaaa! nampak tak jerawat tu dah takde? dah tak menggurutu. Kulit nampak
lembab. Tinggal parut je. Pakai foundation Mary Kay boleh cover nanti. hehe
Botanical Effects Skin Care Formula 1 (for dry skin) Ni
produk Mary Kay pertama yang saya pakai. Dari kiri Cleanser, Freshener,
Hydrate/ Moisturizer dan Mask.
Syukur
sangat sebab Mary Kay sesuai dengan kulit saya yang sangat sensitive ni. Bila
teringat balik masa muka teruk pakai macam-macam, saya rasa sedih dan bersalah
pada kulit muka, sebab banyak betul penderitaan dia kene tempuh. Gituuuuuuu.
Hehe Kenapalah baru sekarang jumpa Mary Kay kan? Kenapa tak jumpa sebelum saya
pakai produk dari Korea dan produk-produk lain yang buat kulit saya jadi teruk?
Tapi semua yang terjadi ada hikmahnya. Allah nak tengok saya ni sabar ke tak :)
Saya yang sekarang setelah setahun 9 bulan setia dgn Mary
Kay. Lebih confident. Syukur Ya Allah. I Love Mary Kay! :)
Tak salah
nak mencuba produk-produk yang berlambak jual kat luar tu, tapi kena hati-hati.
Kaji dulu kandungan produk tu. Kadang-kadang orang pakai jadi cantik, tapi bila
kita pakai jadi makin teruk pulak. Jangan jadi macam saya ye? Saya pun sekarang
dah belajar dari kesilapan lalu. Kulit muka ni adalah anugerah dari Allah,
pinjaman dariNya jadi kita sebagai peminjam ni kenalah jaga elok-elok. Betolkan
semula niat, nak cantik bukan sebab nak pujian dari orang lain, tapi untuk
kepuasan dan keyakinan diri sendri dan semestinya untuk menjaga amanah yang
Allah bagi.
Okay,
banyak sangat dah ni membebel hehe. So kalau anda teringin nak mencuba Mary
Kay, cepat-cepat contact saya okay? InsyaAllah saya sebagai Beauty
Consultant akan menjawab segala pertanyaan anda :)
p/s : By
the way, skrg saya dah upgrade ke Timewise Miracle Set taw. Lg best! Nanti sy
akan share ya :)
With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant
9 comments:
Assalamualaikum.. Nak letgo Mary kay 1 set botanical be evolution kaler pink.. Terdiri drpd Aloe Vera dan Dragon Fruit. Sesuai buat remaja yang mengalami masalah jerawat. Baru pakai sebulan, masih banyak lg since set ni boleh tahan 4-6 bulan. Harga boleh nego.. Wassap 0173865248
salam.. akk suraya blh pm sy
maslh sy sama.. lps sy pakai prduk *****
sbuln trus naik jerawat halus @ pasir..
sy ingt healing proses juga , sy truskn juga pkai... makin ary mkin byk n bserta jerawat brnanah... blh bntu sy
... sy tgk mary kay tp sy pening lain consultnt lain yg d sarankn kat sy... sy ckp prkara yg sama psl maslh sy tp bc prduk yg berbza yg d sarankn... sy tkut trplih .. huhuhu
pm sy ika 017-9049476..
Pm sya mcm mn nk jadi member n beli produk mary kay? 0179236098 (balqish ) balakong selangor (urgent!! )
sbb kulit muka sy selalu naik jerawat
Untuk kulit muka yg ada jeragat..sesuai guna set yg mana dahulu..0199475719
Untuk kulit muka yg ada jeragat..sesuai guna set yg mana dahulu..0199475719
kak..boleh tk sya minta permission untuk guna testimoni akk ni? tq kak
Samala ngan sy... Dh 5bln pakai... Mcm xde apa
Assalamualaikum & good morning..
Saya perunding kecantikan Mary Kay area Banting, Klang, Sepang, Cyberjaya menawarkan khidmat nasihat dan rundingan kulit percuma secara personal, sila hubungi saya Liza di https://chat.whatsapp.com/H9tElsCH2Ri0MBty1iMH4C
atau hubungi wasap saya di 019-268 5034. Tq
Kak..nak minta izin utk cerita akk ni boleh
Post a Comment