Friday 19 January 2018

Suraya Azmi

Hai Assalamualaikum!😘

Monday 13 February 2017

My Mary Kay Journey

Assalamualaikum...

Ya Allah lama sungguh tak update blogggg ni taw. Setahun okay. Memang sangatlah lama. Dari belum pregnant sampai sekarang baby dah 4 bulan. haha. Banyak sangat nak cerita. Tapi kan memang sangat terharu sebab ramai customer jumpa Su dr blog ni lah. Psss, sharing Su tentang pengalaman guna Timewise Miracle Set telah diview sebanyak 20,124 kali! WOW! Tak sangka ada juga orang nak baca kan. Hee

Setahun yang penuh dengan suka duka. Su akan highlight yang penting-penting je taw. Stay tuned!

Top 10 Singapore Malaysia - Court of Personal Sales Achiever

Alhamdulillah, siapa sangka dari hanya suka-suka nak menjual sebab ingin mengisi masa yang terluang, akhirnya menjadikan Su yg sekarang. Masa ni Su sedang mengandung 9 bulan, due lagi 2 minggu je. Tapi gagahkan diri jugak untuk hadir ke Seminar Mary Kay Malaysia-Singapore pd September yang lepas. Mungkin sudah tertulis ini rezeki anak, Su disenaraikan dalam Top 10 bagi kategori Independent Beauty Consultant. Court of Personal Sales ini adalah reward kepada consultant yang berjaya mencapai jualan sebanyak 20,000 points atau secara kasarnya mencapai jualan sebanyak RM70,000 dalam tempoh setahun. Dan kalau nak tahu semua ni Su buat bersungguh-sungguh masa su sarat mengandung. Segala penat lelah berbaloi bila dapat berdiri bersama achiever-achiever yang lain. 


Seminar Mary Kay Malaysia 2016

                               
Hanya Top 10 berpeluang berdiri di atas pentas. hee



 Diamond Ring by Habib Jewel. Cantik kan? 

Dari Independent Beauty Consultant ke Independent Sales Director 

Bermula 1 Februari 2017, dengan secara rasminya Su telah dilantik sebagai Sales Director setelah berjaya completekan cabaran Director in Qualification (DIQ) dalam masa 26 hari. Satu pencapaian yang sangat tinggi sepanjang Su serius dalam bidang kecantikan Mary Kay. Tempoh maksimum yang diperlukan adalah 4 bulan tapi Alhamdulillah perjalanan Su sangat dipermudahkan. Syukur Alhamdulillah.

Alhamdulillah

Nampak tak nama Su? Hehe

Terima Kasih suami dan keluarga yg selama ini setia menyokong kerjaya Su sebagai seorang Beauty Consultant. Setinggi ucapan terima kasih juga kpd ESSD Hasni Daud di atas tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada Sassy Suraya Swan Unit, mentor-mentor dan Mary Kay sisters yang lain.

Macam bermimpi rasanya boleh sampai ke tahap ni. Pada awalnya, Su join Mary Kay hanya kerana sebab nak rawat kulit wajah yang rosak akibat tersalah produk. Tetapi kehebatan produk Mary Kay betol-betol buat Su jatuh hati sehingga Su mengambil keputusan untuk serius dan fokus menglibatkan diri dalam dunia Mary Kay.

Satu-satunya perkara yang buatkan Su terus bersemangat hingga hari ini adalah kerana kedua org tua Su dengan harapan agar Su dapat beri kemewahan kepada mereka selagi mereka masih hidup. Su juga ingin buktikan bahawa keputusan berhenti kerja sebagai penjawat awam bukanlah satu keputusan yang sia-sia. Alhamdulillah, Su sangat happy dengan kehidupan sekarang sebagai seorang Sales Director dan juga surirumah yang sentiasa berada disamping suami dan melihat anak membesar di depan mata memang sesuatu yang sangat Su impikan masa kerja dulu. 




Baby Mary Kay ni, Najla Marissa binti Mohd Fikri. Cinta hati ummi.



Bersama Executive Senior Sales Director tersayang, Kak Hasni Daud

   
New me in Sales Director Suit 

Doakan Su jadi seorang Sales Director yang baik, yang dapat menbantu dan mengubah kehidupan wanita lain untuk menjadi lebih baik ya? Terima kasih.

Awak-awak semua berminat nak tahu tentang peluang kerjaya di Mary Kay? Jangan segan silu whatsapp je terus taw.

With love,
Suraya Azmi
Mary Kay Sales Director
SMS/WA : +6013-7345.908
Instagram : suraya_azmi
Facebook : https://www.facebook.com/suraya.azmi7389

Saturday 26 December 2015

Customer Order on 23 Dec 2015

Alhamdullillah dapat order lagi dari customer. So ni batch ke-3 untuk bulan ni. Semakin ramai wanita dah jatuh hati dengan Mary Kay. Produk yang memang berkualiti haruslah dari mata turun ke hati kan. Lebih-lebih lagi sekarang makin banyak produk yang mengandungi bahan kimia tinggi,nak cepat cantik punya pasal kan :)

Disebabkan 24 Dec ialah Cuti Am sempena sambutan Maulidul Rasul dan 25 Dec adalah sambutan Hari Krismas, jadi pejabat pos tutup kan. Jadi InsyaAllah esok kalau pejabat pos buka, Su terus hantar ya. 


5 parcel siap untuk dipos. Terima kasih kepada customer yang order :

Farah Hanan - Pontian Johor
Shakina Ismail - Klang Selangor
Yong Fatimah - Johor Bahru, Johor
Nur Ashikin - Skudai, Johor
Norhasmida - Kajang Selangor 

With love,
Suraya Azmi
 SMS/WA : +6013-7345.908
Instagram : suraya_azmi
Facebook : https://www.facebook.com/suraya.azmi7389
Your Mary Kay Beauty Consultant

Monday 21 December 2015

Customer Order on 18 Dec 2015

Walaupun sekarang Su berada di rumah mertua di Terengganu, tapi business Mary Kay tetap jalan seperti biasa. Di mana pun su berada mesti kena sentiasa bersemangat sebab Mary Kay ni macam darah daging Su dah. Ke mana-mana Mary Kay je yang Su nampak. Hehe Macam angau kan? 



 Jadi semalam barang sampai, macam biasalah terus packing. Hee



Alhamdulillah 8 parcel siap untuk dihantar ke destinasi masing. Terima kasih kepada customer-customer yang percayakan dan sentiasa menyokong sy :)

InsyaAllah esok atau lusa sampailah ke tangan customer-customer tersayang ni :

Fatin Nabilah - Skudai Johor
Mariah Hassan- Batu Pahat Johor
Masliyana - Skudai Johor 
Siti Khadijah - Kuala Lipis Pahang
Satriana - Bintulu Sarawak
Nurul Arisha - Batu Pahat Johor 
Izlani - Kota Bahru Kelantan
Vanitha - Hosp Sultanah Aminah Johor
Pengeposan Sample Timewise - Munirah (Pulau Pinang)

With love,
Suraya Azmi
 SMS/WA : +6013-7345.908
Instagram : suraya_azmi
Facebook : https://www.facebook.com/suraya.azmi7389
Your Mary Kay Beauty Consultant

Sunday 20 December 2015

Flawless dan Cantik dengan Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF 15


Kepada yang mecari foundation yang mempunyai tekstur ringan, cepat kering, tak melekit, tak menutup pori, good coverage dan ada sun protector anda wajib try Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF15 ni! 

CC Cream ni mempunyai 8 kebaikan iaitu :

1. Melawan garis halus dan tanda penuaan
2. Melembapkan kulit tanpa menjadikan kulit berminyak atau melekit
3. Melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB (spf15)
4. Menutup cela, memelihara kulit jerawat serta menenangkan kulit bermasalah
5. Mencerah dan menyerikan tona kulit dengan segera
6. Membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit
7. Mengurangkan kemerahan pada kulit
8. Mempertahankan dan melindungi kulit dari radikal bebas atau kesan pencemaran dengan kuasa antioksida



Penutup CC Cream ni jenis pump jadi tak perlu risau kalau tertumpah ke apa dan kita boleh agak berapa banyak kuantiti yang kita nak guna. Selain itu, penutup jenis pump ni juga lebih dijamin kebersihannya sebab penutupnya tidak terdedah kepada sebarang kekotoran. 


CC Cream didatangkan dengan 4 pilihan tona warna iaitu Very Light, Light to Medium, Medium to Deep dan Deep. 

Su pun dah try dan memang best! Kadang-kadang kalau rasa malas nak bersiap sangat, Su just apply CC Cream je sebab dah lengkap dengan sun protector dan juga moisturizer. Secara tak langsung boleh jimatkan sunblock dan moisturizer. Hehe Nampak lebih natural dan simple. Tesktur memang sangat ringan, rasa macam tak pakai apa-apa di muka pun. Tak lama lepas tu akan nampak muka glowing lebih-lebih lagi bila apply Mineral Powder Foundation dan Transclucent Powder Foundation. A perfect combination!

1 tube ni boleh tahan lebih 6 bulan, memang sangat jimat sebab pakai sikit pun dah cukup. Dalam gambar ni Su dan Kak Zalina (guest SCC) pakai CC Cream Very Light bersama Mineral Powder Foundation dan Transclucent Powder Foundation. Nampak lebih natural dan simple kan? Kulit pun nampak lebih cerah sebab salah satu fungsi CC Cream ni adalah mencerahkan. 



Jadi kalau awak-awak semua nak try, Whatsapp Su laju-laju ya? Takkan menyesal punya, percayalah. Confirm korang akan terus jatuh hati :)

With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant

Saturday 19 December 2015

Free Mary Kay Skin Care Class with Suraya

CUBA DULU SEBELUM BELI. Su memang sangat suka dengan konsep Mary Kay ni taw. Kita cuba dulu, kalau suka baru lah kita decide nak beli ke tak. Pengalaman Su dulu masa join Mary Kay Skin Care Class (SCC) memang betul2 buat Su jatuh hati. Habis je kelas, memang Su terus beli 1 set Botanical Effects Skin Care. Hihi

Kami sebagai Beauty Consultant ada menyediakan SCC secara percuma kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba produk Mary Kay. Jangan risau, tiada paksaan dalam membeli pun, tujuan kami hanyalah untuk berkongsi ilmu tentang teknik penjagaan kulit wajah yang betul. Apa yang kita akan belajar sepanjang SCC nanti?
  • Kenali sendiri jenis kulit dan bagaimana cara penjagaan wajah dengan betul
  • Anda akan belajar melakukan facial sendiri di rumah yang sememangnya lebih menjimatkan dr membuat facial di spa
  • Anda boleh melihat perbezaan tangan anda selepas melakukan hands spa dengan Satinhands Pampering Set
  • Anda boleh melihat perubahan pada bibir anda yg akn mnjdi lembut dan lembap selepas melakukan Lips spa
  • Anda boleh belajar teknik solekan asas yang mudah dan cepat dan sangat sesuai untuk dibawa ke pejabat atau untuk bersantai
  • Peluang membina kerjaya sbg Mary Kay Beauty Consultant


******Di bawah adalah gambar sepanjang  SCC yg Su dah buat di sekitar Johor******



1 Oktober 2015 -SCC bersama adik kebetulan dia tengah cuti semester masa tu. Lepas SCC terus excited nak beli semua make up yang dia dah try. hehe



31 Oktober 2015- SCC bersama ex-jiran tersayang, Normadiah. Ibu muda sorang ni jenis yang sangat simple, pergi kerja sekadar pakai lipstick je. Selepas selesai SCC, banyak perkara baru yang dia dah belajar termasuk lah cara penjagaan wajah yang betul dan terutama sekali teknik solekan asas lebih-lebih lagi dia seorang nurse yang banyak berdepan dengan orang ramai. Jadi kenalah sentiasa nampak cantik dan kemas, pesakit pun cepat sihat. hehe 



1 November 2015 - SCC bersama dua orang ustazah kesayangan Su masa sekolah agama dulu. Last kami berjumpa 14 tahun yang lalu. Ustazah tetap kekal awet muda. Memang best SCC kali ni, sambil-sambil bercerita kisah-kisah lama, Su ajar mereka cara penjagaan wajah dan juga teknik solekan asas yang sesuai untuk mereka bawa ke kelas untuk mengajar.

                                     

18 November 2015- SCC bersama Nurul Hidayah, Taman Batu Pahat, Hidayah ni kawan sekerja abah Su. Lepas SCC nampak muka lagi berseri-seri kan?



21 November 2015 - SCC bersama kenalan di Facebook, Kak Fairuzah. Rupanya Kak Fairuzah ni adalah cucu kepada arwah nenek yang mengajar su mengaji dulu. Kebetulan sungguh!



21 November 2015 - Selesai SCC di Batu Pahat, Su terus pecut ke Johor Bahru pula. Jadi SCC kali ni Su buat pada sebelah malam bersama pelanggan setia, Kak Zalina. Orangnya memang dah cantik, tapi lepas dah di make over, makin cantik macam barbie doll! 

                                      

22 November 2015 - Masih di Johor Bahru. Sesi personal coaching untuk Lily Suraya, my power partner dan juga SCC untuk kawan sepejabat Lily. Personal coaching ni lebih kepada beri pendedahan kepada Lily untuk organize SCC sendiri. So far Lily memang cepat belajar dan sangat hebat dalam marketing.




22 November 2015-Selesai personal coaching dan SCC di Kulaijaya, Su terus pecut ke Skudai untuk SCC bersama teman rapat di UTM iaitu Fatin Nabilah and the geng. 5 orang dalam 1 sesi memang sgt meriah dan havoc. Masing-masing berkongsi tips-tips kecantikan dan semua teruja lepas di make over kan. 

                                      

12 Disember 2015 - Sekali lagi Su datang ke JB untuk buat SCC dan sekali lagi Kak Zalina jadi tuan rumah. Yang bezanya kali ni dia bawa 2 orang guest, iaitu Kak Zetty dan Ika.



                              
12 Disember 2015- Ni pun sama, Fatin Nabilah sekali lagi jadi Tuan Rumah dan bawa teman rapatnya, Fisha untuk join SCC. Malam tu Su follow up Fisha tentang feedback SCC yang dah dibuat pada petang tu and guess what Fisha bagitahu yang dia sangat sukakan make up Mary Kay yang sangat ringan dan long lasting!

Ni sebahagian dari SCC yang dijalankan, ada beberapa lagi SCC yang su lupa nak snap gambar. Hee So far, semua guest memang happy dan puas hati dengan SCC yang Su buat. Lepas SCC masing-masing sayang nak cuci muka. Hehe Comel! Semoga dengan ilmu yang tak seberapa tu dapat memberi manfaat kepada mereka semua. 

Jadi, kepada sesiapa nak join FREE SCC yang Su anjurkan ni, meh whatsapp/sms Su laju-laju ya? Especially di sekitar Dungun Terengganu sebab Su dah pindah ke Terengganu sekarang. Jangan segan jangan malu, kita belajar cara menjaga wajah yang betul dan teknik solekan asas yang mudah. PERCUMA je pulak tu kan. Ruginya kalau lepaskan peluang ni :)

With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant


Wednesday 16 December 2015

Hilangkan Jeragat Dengan Melacep Plus Ultimate Serum






Hai semua! Jeragat merupakan  di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara  20 hingga 50 tahun. Ia disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria dibahagian liang-liang muka. Jeragat kerap muncul di kawasan muka seperti di bahagian pipi. Namun, terdapat juga yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi.

Jom kita tengok apakah penyebab kepada jeragat :
  • Sinaran Matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
  • Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil "chloasma" atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  • Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
  • Keturunan
Akibat daripada genetik. 

Dari segi rawatan pula, Su pernah baca satu artikel ni di mana jeragat hanya boleh dihilangkan dengan rawatan laser yang kadang kala boleh mencecah ribuan ringgit. Yang paling digeruni muka kita akan membengkak antara 3-5 hari selepas rawatan laser tu. Aduh sakitnyaaa. Lepas tu mesti ada penjagaan khusus untuk kulit muka kerana walaupun terdedah kepada sedikit sinaran cahaya matahari akan mengembalikan jeragat tersebut. Tak dapat bayangkan macam mana sakitnya muka bile membengkak macam tu. Sanggup ke?

Untuk makluman,jeragat tak boleh hilang ye dan ia hanya boleh pudar dengan kaedah rawatan yang betol. Yang paling pentingkan kulit kita cukup lembapan, baru lah senang sebarang serum nak meresap ke dalam muka. 

Su pun ada jeragat hasil dari penggunaan peeling product masa sebelum guna Mary Kay dulu. Kulit su semakin nipis dan lama-lama nampak jeragat mula ada di tulang pipi. Mujur Mary Kay ada rawatan khusus untk jeragat iaitu Melacep Plus Ultimate Serum. 






Ini adalah 3 ramuan utama dalam Melacep Plus Ultimate Serum :

1. Edelweiss Extract
Mencerahkan, memberi perlindungan, kaya dengan Antioksidan untuk membantu mengurangkan perubahan warna pada kulit.

2. Algae Extract
Meransang pembentukan melanin dan membantu menghalang perubahan warna pada permukaan kulit.

3. Vegetable Amino Acid
Memperbaiki kecerahan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit.

So far, su dah gunakan serum ni selama 3 bulan dan kesan ketara bila jeragat tu makin pudar. Warna kulit pun makin sekata dan cerah. Kulit semakin anjal sebab ada fungsi anti aging juga dalam serum hebat ni. Tekstur kulit pun just nice, lembut, pori semakin mengecil. Muka pun sentiasa lembap, jadi make up nampak cantik je di muka. 

Di bawah adalah gambar selepas hampir sebulan menggunakan Melacep Plus Ultimate Serum. Make up yang sama, tudung yang sama dan lighting yang sama. Jeragat tu makin kurang kan?


Dan ini yang terkini, jeragat makin pudar. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan berkat kehebatan Melacep Plus Ultimate Serum, jeragat semakin pudar dan muka pun semakin cerah. Yang peliknya tu dah 3 bulan pakai, tapi masih banyak lagi. Memang jimat!


Jom whastapp su cepat! Su akan advise set mana yg sesuai untuk anda ya. Kita ikhtiar sama-sama. InsyaAllah kalau niat baik, Allah akan permudahkan. Mesti ada di antara kita yang dah pening sangat tak tahu ape lagi nak pakai untuk hilangkan jeragat kan. Dah dah, jangan bazir duit lagi beli macam-macam yang akhirnya kita yg merana. Igt taw Mary kay da CUSTOMER SATISFACTION GUARANTEE. Jadi anda takkan sesekali rasa menyesal. Pecayalahhh :)


With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant



Copyright to SURAYA AZMI
Designed by UMIESUEstudio 2015