Monday 13 February 2017

My Mary Kay Journey

Assalamualaikum...

Ya Allah lama sungguh tak update blogggg ni taw. Setahun okay. Memang sangatlah lama. Dari belum pregnant sampai sekarang baby dah 4 bulan. haha. Banyak sangat nak cerita. Tapi kan memang sangat terharu sebab ramai customer jumpa Su dr blog ni lah. Psss, sharing Su tentang pengalaman guna Timewise Miracle Set telah diview sebanyak 20,124 kali! WOW! Tak sangka ada juga orang nak baca kan. Hee

Setahun yang penuh dengan suka duka. Su akan highlight yang penting-penting je taw. Stay tuned!

Top 10 Singapore Malaysia - Court of Personal Sales Achiever

Alhamdulillah, siapa sangka dari hanya suka-suka nak menjual sebab ingin mengisi masa yang terluang, akhirnya menjadikan Su yg sekarang. Masa ni Su sedang mengandung 9 bulan, due lagi 2 minggu je. Tapi gagahkan diri jugak untuk hadir ke Seminar Mary Kay Malaysia-Singapore pd September yang lepas. Mungkin sudah tertulis ini rezeki anak, Su disenaraikan dalam Top 10 bagi kategori Independent Beauty Consultant. Court of Personal Sales ini adalah reward kepada consultant yang berjaya mencapai jualan sebanyak 20,000 points atau secara kasarnya mencapai jualan sebanyak RM70,000 dalam tempoh setahun. Dan kalau nak tahu semua ni Su buat bersungguh-sungguh masa su sarat mengandung. Segala penat lelah berbaloi bila dapat berdiri bersama achiever-achiever yang lain. 


Seminar Mary Kay Malaysia 2016

                               
Hanya Top 10 berpeluang berdiri di atas pentas. hee



 Diamond Ring by Habib Jewel. Cantik kan? 

Dari Independent Beauty Consultant ke Independent Sales Director 

Bermula 1 Februari 2017, dengan secara rasminya Su telah dilantik sebagai Sales Director setelah berjaya completekan cabaran Director in Qualification (DIQ) dalam masa 26 hari. Satu pencapaian yang sangat tinggi sepanjang Su serius dalam bidang kecantikan Mary Kay. Tempoh maksimum yang diperlukan adalah 4 bulan tapi Alhamdulillah perjalanan Su sangat dipermudahkan. Syukur Alhamdulillah.

Alhamdulillah

Nampak tak nama Su? Hehe

Terima Kasih suami dan keluarga yg selama ini setia menyokong kerjaya Su sebagai seorang Beauty Consultant. Setinggi ucapan terima kasih juga kpd ESSD Hasni Daud di atas tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada Sassy Suraya Swan Unit, mentor-mentor dan Mary Kay sisters yang lain.

Macam bermimpi rasanya boleh sampai ke tahap ni. Pada awalnya, Su join Mary Kay hanya kerana sebab nak rawat kulit wajah yang rosak akibat tersalah produk. Tetapi kehebatan produk Mary Kay betol-betol buat Su jatuh hati sehingga Su mengambil keputusan untuk serius dan fokus menglibatkan diri dalam dunia Mary Kay.

Satu-satunya perkara yang buatkan Su terus bersemangat hingga hari ini adalah kerana kedua org tua Su dengan harapan agar Su dapat beri kemewahan kepada mereka selagi mereka masih hidup. Su juga ingin buktikan bahawa keputusan berhenti kerja sebagai penjawat awam bukanlah satu keputusan yang sia-sia. Alhamdulillah, Su sangat happy dengan kehidupan sekarang sebagai seorang Sales Director dan juga surirumah yang sentiasa berada disamping suami dan melihat anak membesar di depan mata memang sesuatu yang sangat Su impikan masa kerja dulu. 




Baby Mary Kay ni, Najla Marissa binti Mohd Fikri. Cinta hati ummi.



Bersama Executive Senior Sales Director tersayang, Kak Hasni Daud

   
New me in Sales Director Suit 

Doakan Su jadi seorang Sales Director yang baik, yang dapat menbantu dan mengubah kehidupan wanita lain untuk menjadi lebih baik ya? Terima kasih.

Awak-awak semua berminat nak tahu tentang peluang kerjaya di Mary Kay? Jangan segan silu whatsapp je terus taw.

With love,
Suraya Azmi
Mary Kay Sales Director
SMS/WA : +6013-7345.908
Instagram : suraya_azmi
Facebook : https://www.facebook.com/suraya.azmi7389

No comments:

Copyright to SURAYA AZMI
Designed by UMIESUEstudio 2015