Saturday 26 December 2015

Customer Order on 23 Dec 2015

Alhamdullillah dapat order lagi dari customer. So ni batch ke-3 untuk bulan ni. Semakin ramai wanita dah jatuh hati dengan Mary Kay. Produk yang memang berkualiti haruslah dari mata turun ke hati kan. Lebih-lebih lagi sekarang makin banyak produk yang mengandungi bahan kimia tinggi,nak cepat cantik punya pasal kan :)

Disebabkan 24 Dec ialah Cuti Am sempena sambutan Maulidul Rasul dan 25 Dec adalah sambutan Hari Krismas, jadi pejabat pos tutup kan. Jadi InsyaAllah esok kalau pejabat pos buka, Su terus hantar ya. 


5 parcel siap untuk dipos. Terima kasih kepada customer yang order :

Farah Hanan - Pontian Johor
Shakina Ismail - Klang Selangor
Yong Fatimah - Johor Bahru, Johor
Nur Ashikin - Skudai, Johor
Norhasmida - Kajang Selangor 

With love,
Suraya Azmi
 SMS/WA : +6013-7345.908
Instagram : suraya_azmi
Facebook : https://www.facebook.com/suraya.azmi7389
Your Mary Kay Beauty Consultant

Monday 21 December 2015

Customer Order on 18 Dec 2015

Walaupun sekarang Su berada di rumah mertua di Terengganu, tapi business Mary Kay tetap jalan seperti biasa. Di mana pun su berada mesti kena sentiasa bersemangat sebab Mary Kay ni macam darah daging Su dah. Ke mana-mana Mary Kay je yang Su nampak. Hehe Macam angau kan? 



 Jadi semalam barang sampai, macam biasalah terus packing. Hee



Alhamdulillah 8 parcel siap untuk dihantar ke destinasi masing. Terima kasih kepada customer-customer yang percayakan dan sentiasa menyokong sy :)

InsyaAllah esok atau lusa sampailah ke tangan customer-customer tersayang ni :

Fatin Nabilah - Skudai Johor
Mariah Hassan- Batu Pahat Johor
Masliyana - Skudai Johor 
Siti Khadijah - Kuala Lipis Pahang
Satriana - Bintulu Sarawak
Nurul Arisha - Batu Pahat Johor 
Izlani - Kota Bahru Kelantan
Vanitha - Hosp Sultanah Aminah Johor
Pengeposan Sample Timewise - Munirah (Pulau Pinang)

With love,
Suraya Azmi
 SMS/WA : +6013-7345.908
Instagram : suraya_azmi
Facebook : https://www.facebook.com/suraya.azmi7389
Your Mary Kay Beauty Consultant

Sunday 20 December 2015

Flawless dan Cantik dengan Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF 15


Kepada yang mecari foundation yang mempunyai tekstur ringan, cepat kering, tak melekit, tak menutup pori, good coverage dan ada sun protector anda wajib try Mary Kay CC Cream Sunscreen SPF15 ni! 

CC Cream ni mempunyai 8 kebaikan iaitu :

1. Melawan garis halus dan tanda penuaan
2. Melembapkan kulit tanpa menjadikan kulit berminyak atau melekit
3. Melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB (spf15)
4. Menutup cela, memelihara kulit jerawat serta menenangkan kulit bermasalah
5. Mencerah dan menyerikan tona kulit dengan segera
6. Membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit
7. Mengurangkan kemerahan pada kulit
8. Mempertahankan dan melindungi kulit dari radikal bebas atau kesan pencemaran dengan kuasa antioksida



Penutup CC Cream ni jenis pump jadi tak perlu risau kalau tertumpah ke apa dan kita boleh agak berapa banyak kuantiti yang kita nak guna. Selain itu, penutup jenis pump ni juga lebih dijamin kebersihannya sebab penutupnya tidak terdedah kepada sebarang kekotoran. 


CC Cream didatangkan dengan 4 pilihan tona warna iaitu Very Light, Light to Medium, Medium to Deep dan Deep. 

Su pun dah try dan memang best! Kadang-kadang kalau rasa malas nak bersiap sangat, Su just apply CC Cream je sebab dah lengkap dengan sun protector dan juga moisturizer. Secara tak langsung boleh jimatkan sunblock dan moisturizer. Hehe Nampak lebih natural dan simple. Tesktur memang sangat ringan, rasa macam tak pakai apa-apa di muka pun. Tak lama lepas tu akan nampak muka glowing lebih-lebih lagi bila apply Mineral Powder Foundation dan Transclucent Powder Foundation. A perfect combination!

1 tube ni boleh tahan lebih 6 bulan, memang sangat jimat sebab pakai sikit pun dah cukup. Dalam gambar ni Su dan Kak Zalina (guest SCC) pakai CC Cream Very Light bersama Mineral Powder Foundation dan Transclucent Powder Foundation. Nampak lebih natural dan simple kan? Kulit pun nampak lebih cerah sebab salah satu fungsi CC Cream ni adalah mencerahkan. 



Jadi kalau awak-awak semua nak try, Whatsapp Su laju-laju ya? Takkan menyesal punya, percayalah. Confirm korang akan terus jatuh hati :)

With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant

Saturday 19 December 2015

Free Mary Kay Skin Care Class with Suraya

CUBA DULU SEBELUM BELI. Su memang sangat suka dengan konsep Mary Kay ni taw. Kita cuba dulu, kalau suka baru lah kita decide nak beli ke tak. Pengalaman Su dulu masa join Mary Kay Skin Care Class (SCC) memang betul2 buat Su jatuh hati. Habis je kelas, memang Su terus beli 1 set Botanical Effects Skin Care. Hihi

Kami sebagai Beauty Consultant ada menyediakan SCC secara percuma kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba produk Mary Kay. Jangan risau, tiada paksaan dalam membeli pun, tujuan kami hanyalah untuk berkongsi ilmu tentang teknik penjagaan kulit wajah yang betul. Apa yang kita akan belajar sepanjang SCC nanti?
  • Kenali sendiri jenis kulit dan bagaimana cara penjagaan wajah dengan betul
  • Anda akan belajar melakukan facial sendiri di rumah yang sememangnya lebih menjimatkan dr membuat facial di spa
  • Anda boleh melihat perbezaan tangan anda selepas melakukan hands spa dengan Satinhands Pampering Set
  • Anda boleh melihat perubahan pada bibir anda yg akn mnjdi lembut dan lembap selepas melakukan Lips spa
  • Anda boleh belajar teknik solekan asas yang mudah dan cepat dan sangat sesuai untuk dibawa ke pejabat atau untuk bersantai
  • Peluang membina kerjaya sbg Mary Kay Beauty Consultant


******Di bawah adalah gambar sepanjang  SCC yg Su dah buat di sekitar Johor******



1 Oktober 2015 -SCC bersama adik kebetulan dia tengah cuti semester masa tu. Lepas SCC terus excited nak beli semua make up yang dia dah try. hehe



31 Oktober 2015- SCC bersama ex-jiran tersayang, Normadiah. Ibu muda sorang ni jenis yang sangat simple, pergi kerja sekadar pakai lipstick je. Selepas selesai SCC, banyak perkara baru yang dia dah belajar termasuk lah cara penjagaan wajah yang betul dan terutama sekali teknik solekan asas lebih-lebih lagi dia seorang nurse yang banyak berdepan dengan orang ramai. Jadi kenalah sentiasa nampak cantik dan kemas, pesakit pun cepat sihat. hehe 



1 November 2015 - SCC bersama dua orang ustazah kesayangan Su masa sekolah agama dulu. Last kami berjumpa 14 tahun yang lalu. Ustazah tetap kekal awet muda. Memang best SCC kali ni, sambil-sambil bercerita kisah-kisah lama, Su ajar mereka cara penjagaan wajah dan juga teknik solekan asas yang sesuai untuk mereka bawa ke kelas untuk mengajar.

                                     

18 November 2015- SCC bersama Nurul Hidayah, Taman Batu Pahat, Hidayah ni kawan sekerja abah Su. Lepas SCC nampak muka lagi berseri-seri kan?



21 November 2015 - SCC bersama kenalan di Facebook, Kak Fairuzah. Rupanya Kak Fairuzah ni adalah cucu kepada arwah nenek yang mengajar su mengaji dulu. Kebetulan sungguh!



21 November 2015 - Selesai SCC di Batu Pahat, Su terus pecut ke Johor Bahru pula. Jadi SCC kali ni Su buat pada sebelah malam bersama pelanggan setia, Kak Zalina. Orangnya memang dah cantik, tapi lepas dah di make over, makin cantik macam barbie doll! 

                                      

22 November 2015 - Masih di Johor Bahru. Sesi personal coaching untuk Lily Suraya, my power partner dan juga SCC untuk kawan sepejabat Lily. Personal coaching ni lebih kepada beri pendedahan kepada Lily untuk organize SCC sendiri. So far Lily memang cepat belajar dan sangat hebat dalam marketing.




22 November 2015-Selesai personal coaching dan SCC di Kulaijaya, Su terus pecut ke Skudai untuk SCC bersama teman rapat di UTM iaitu Fatin Nabilah and the geng. 5 orang dalam 1 sesi memang sgt meriah dan havoc. Masing-masing berkongsi tips-tips kecantikan dan semua teruja lepas di make over kan. 

                                      

12 Disember 2015 - Sekali lagi Su datang ke JB untuk buat SCC dan sekali lagi Kak Zalina jadi tuan rumah. Yang bezanya kali ni dia bawa 2 orang guest, iaitu Kak Zetty dan Ika.



                              
12 Disember 2015- Ni pun sama, Fatin Nabilah sekali lagi jadi Tuan Rumah dan bawa teman rapatnya, Fisha untuk join SCC. Malam tu Su follow up Fisha tentang feedback SCC yang dah dibuat pada petang tu and guess what Fisha bagitahu yang dia sangat sukakan make up Mary Kay yang sangat ringan dan long lasting!

Ni sebahagian dari SCC yang dijalankan, ada beberapa lagi SCC yang su lupa nak snap gambar. Hee So far, semua guest memang happy dan puas hati dengan SCC yang Su buat. Lepas SCC masing-masing sayang nak cuci muka. Hehe Comel! Semoga dengan ilmu yang tak seberapa tu dapat memberi manfaat kepada mereka semua. 

Jadi, kepada sesiapa nak join FREE SCC yang Su anjurkan ni, meh whatsapp/sms Su laju-laju ya? Especially di sekitar Dungun Terengganu sebab Su dah pindah ke Terengganu sekarang. Jangan segan jangan malu, kita belajar cara menjaga wajah yang betul dan teknik solekan asas yang mudah. PERCUMA je pulak tu kan. Ruginya kalau lepaskan peluang ni :)

With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant


Wednesday 16 December 2015

Hilangkan Jeragat Dengan Melacep Plus Ultimate Serum






Hai semua! Jeragat merupakan  di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara  20 hingga 50 tahun. Ia disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria dibahagian liang-liang muka. Jeragat kerap muncul di kawasan muka seperti di bahagian pipi. Namun, terdapat juga yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi.

Jom kita tengok apakah penyebab kepada jeragat :
  • Sinaran Matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
  • Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil "chloasma" atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  • Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
  • Keturunan
Akibat daripada genetik. 

Dari segi rawatan pula, Su pernah baca satu artikel ni di mana jeragat hanya boleh dihilangkan dengan rawatan laser yang kadang kala boleh mencecah ribuan ringgit. Yang paling digeruni muka kita akan membengkak antara 3-5 hari selepas rawatan laser tu. Aduh sakitnyaaa. Lepas tu mesti ada penjagaan khusus untuk kulit muka kerana walaupun terdedah kepada sedikit sinaran cahaya matahari akan mengembalikan jeragat tersebut. Tak dapat bayangkan macam mana sakitnya muka bile membengkak macam tu. Sanggup ke?

Untuk makluman,jeragat tak boleh hilang ye dan ia hanya boleh pudar dengan kaedah rawatan yang betol. Yang paling pentingkan kulit kita cukup lembapan, baru lah senang sebarang serum nak meresap ke dalam muka. 

Su pun ada jeragat hasil dari penggunaan peeling product masa sebelum guna Mary Kay dulu. Kulit su semakin nipis dan lama-lama nampak jeragat mula ada di tulang pipi. Mujur Mary Kay ada rawatan khusus untk jeragat iaitu Melacep Plus Ultimate Serum. 






Ini adalah 3 ramuan utama dalam Melacep Plus Ultimate Serum :

1. Edelweiss Extract
Mencerahkan, memberi perlindungan, kaya dengan Antioksidan untuk membantu mengurangkan perubahan warna pada kulit.

2. Algae Extract
Meransang pembentukan melanin dan membantu menghalang perubahan warna pada permukaan kulit.

3. Vegetable Amino Acid
Memperbaiki kecerahan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit.

So far, su dah gunakan serum ni selama 3 bulan dan kesan ketara bila jeragat tu makin pudar. Warna kulit pun makin sekata dan cerah. Kulit semakin anjal sebab ada fungsi anti aging juga dalam serum hebat ni. Tekstur kulit pun just nice, lembut, pori semakin mengecil. Muka pun sentiasa lembap, jadi make up nampak cantik je di muka. 

Di bawah adalah gambar selepas hampir sebulan menggunakan Melacep Plus Ultimate Serum. Make up yang sama, tudung yang sama dan lighting yang sama. Jeragat tu makin kurang kan?


Dan ini yang terkini, jeragat makin pudar. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan berkat kehebatan Melacep Plus Ultimate Serum, jeragat semakin pudar dan muka pun semakin cerah. Yang peliknya tu dah 3 bulan pakai, tapi masih banyak lagi. Memang jimat!


Jom whastapp su cepat! Su akan advise set mana yg sesuai untuk anda ya. Kita ikhtiar sama-sama. InsyaAllah kalau niat baik, Allah akan permudahkan. Mesti ada di antara kita yang dah pening sangat tak tahu ape lagi nak pakai untuk hilangkan jeragat kan. Dah dah, jangan bazir duit lagi beli macam-macam yang akhirnya kita yg merana. Igt taw Mary kay da CUSTOMER SATISFACTION GUARANTEE. Jadi anda takkan sesekali rasa menyesal. Pecayalahhh :)


With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant



Wednesday 9 December 2015

Dapatkan Make Up yang Flawless dengan Mary Kay

Hai semua! Post kali ni Su akan share bagaimana cara nak dapatkan make up yang flawless dan long lasting dengan Mary Kay. Okay, first sekali after selesai dgn Timewise Miracle Set, Su akan mulakan pemakaian make up dengan Oil Free Hydrating Gel (ofhg). Formula hydrating gel yg tidak berminyak ni akan bg kelembapan yg cukup kpd kulit kita. Tekstur ringan dan tak melekit ni akan terus meresap ke dlm kulit.



 Oil Free Hydrating gel


Foundation Primer Sunscreen Broad Spectrum SPF 15

Next step, Foundation Primer. Foundation Primer ni ibarat kanvas. Untuk dapatkn make up yg cantik,asasnya mestilah cantik juga. Bila kita apply Primer Foundation, ia akan menjimatkan liquid foundation yg akan digunakan. Plus ada SPF 15 untuk perlindungan dari cahaya matahari. Foundation Primer juga dapat mengurangkan ketetaraan pori. Sebab ada org mengadu dengan Su kenapa dia pakai foundation dah tebal tapi tetap nampak lubang-lubang pori tu. Bila Su bg try Foundation Primer ni terus ghaib pori-pori tu. hehe



Matte Wear- for Combination to oily skin


Luminous Wear - for Normal to dry skin

The best foundation I ever had! Tekstur sangat ringan, tak melekit, tak menutup pori. Sebelum ni pakai foundation jenama X tapi aduh memamg rasa muka ni mcm pakai topeng. Rasa berat gila muka taw. Memang rasa mcm ada something kat muka. Rimas! Liquid Foundation ni ada 2 formula. Kalau  yg kulit normal atau kering pakailah yg Luminious, make up akn nampak glowing taw. Tapi kalau yg kulit kombinasi atau berminyak pakai lah yg Matte, make up memang takkan berminyak atau bercapuk pun. Just nice pd muka. Dan paling penting semua parut-parut hilang sebab foundation ni full coverage.



Mineral Powder Foundation


Lepas tu kite pakai Mineral Powder Foundation pulak. Yg ni pun Su sgt sukaaa. Fungsinya adalah untuk mengemaskinikan lagi foundation yang kita dah pakai tadi. Kulit akan nampak lebih flawless kerana teksturnya bedak yang sangat halus. Make up akan nampak lebih cantik tak sebab semua cela-cela di muka ni dapat disembunyikan. Hehe



Translucent Loose Powder 

Translucent Loose Powder ni berfungsi untuk mengawal kilauan berminyak pada muka dan akan buatkan make up kelihatan fresh! Effect glowing akan nmpak lepas setengah jam digunakan, makin berpeluh makin cantik make up blend dgn kulit kita. Walaupun powder ni warna putih tapi sesuai untuk semua tone kulit taw. Jadi tak kesahlah awak cerah ke kelabu ke gelap ke semua boleh pakai. Finishing powder yang paling best pernah Su guna! Guna sikit je tahan berbulan-bulan. Jimat kan?

OK dah siapppp! Ni gambar tadi sebelum pergi ke poslaju. Bila dah tengahari pun make up memang macam tu jelah. Tak payah asyik nak touch up je kerjanya. Jimat make up, berbaloi-baloi. Selama Su gunakan set make up Mary Kay ni memang dah takde masalah muka bercapuk pun. Memang long lasting. Tak tipu :)


Takkan nak tengok je Su sorang flawless. Korang pun jom lah try maek up Mary Kay ni. Memang berbaloi-baloi taw. Takkan rasa menyesal pun. Makin jatuh hati adelah. hee

With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant


Tuesday 8 December 2015

Customer Order on 7th December 2015

Ni siapa punya ni? Cepat angkat tangan. hehe. Semalam order hari ni sampai dah?? Pantas betul Mary Kay ni buat kerja kan. Yayyyy order lagi. Bulan ni ramai rebut promotion yg sangat best dan menawan hati. Sebab takot melepasssss macam sebelum-sebelum ni. Mary Kay bila buat promo memang macam pisang goreng panas, cepat je laku taw. 


Timbunan barang Mary Kay! 



Yg ni sebelum dipacking dan diikat reben. hihi


Selepas sejam sesi mengikat reben. Fuhhh siap pun akhirnya. Sakit belakang semua ada. hehe


Yayyyyy dah siapppppp :)


Ni pula hadiah Mary Kay bagi. Siapa je nak bagi hadiah setiap bulan kalau bukan Mary Kay kan. Hadiah birthday pun setahunn sekali je dapat. hehee

Esok sy akan pos ya. Diharap semua customer sabar menunggu. InsyaAllah by this week akan sampai. Yang lain tu kalau nak order, meh lah whatsapp Su ya. Jgn segan-segan taw nak tanya apa tanya je. Su sedia membantu. Yang nak tanya tentang peluang bisness di Mary Kay pun boleh tanya. Kesilapan paling besar ialah tak memulakan perniagaan. Peluang dah ada depan mata, tinggal kita je nak atau tak. hihi

With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant




Monday 7 December 2015

Testimoni Diri Sendiri Menggunakan Mary Kay Timewise Miracle Set


Hai! Kali ni Su nak share tentang Timewise Miracle Set yg memang sangat2 power! Fyi, Su gunakan Botanical Effects selama 9 bulan lepas tu terus bertukar ke Timewise Set. Tapi kannnnnnnnn…nak bagitahu ni Su rasa sgt menyesal sebab ambil masa yg sangat lama untuk tukar ke Timewise sebab Timewise sumpah is much much much much better and powerful than Botanical Effects! Haihhhhh mmg best sangat tak tahu macam mana nak cakap. Dan yg bestnya customer memang ramai yg gunakan Timewise Miracle Set ni. Su akan cerita satu-satu ya dari Cleanser sampailah ke Moisture Renewing Gel Mask.


Kiri 3-In-1 Cleanser- Formula Normal to Dry (NTD)
Kanan 3-In-1- Formula Combination to Oily (CTO)

Bila cuci muka tu akan rasa mcm ade biji halus, ala-ala scrub muka gitu. Sebenarnya cleanser ni mengandung microbeads yg sangat halus yang berfungsi untk membersih, melembut dan mengelupas kulit kita secara lembut. Bukan mengelupas yg pedih tu ya, ni mengelupas manja-manja untuk buang sel kulit mati. Didatangkan dlm 2 formula iaitu Normal to Dry (NTD) dan Combination to Oily (CTO). Su guna NTD. Bagi formula CTO cleasernya berupa gel jernih yang lebih kepada fungsi untuk mengawal minyak di muka. Lepas cuci tu kan kulit akan rasa sangat bersih dan lembut. Asyik nak belai je . Hehe


Moisture Renewing Softener 
Lepas Cleanser, kita pakai pula Moisture Renewing Softener yang lebih dikenali sebagai toner atau penyegar. Softener ni berfungsi untuk melembutkan muka selain membantu penyerapan yang lebih baik. Tips nak bagi kulit betul-betul bersih ialah dengan menggunakan Softener. Kalau masih terdapat sisa-sisa make up atau kekotoran di kapas muka tu maksudnya belum bersih lah tu. Tahu tak kalau muka tak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menyebabkan pori tersumbat. Bila pori tersumbat memang sangat mudah menjemput jerawat datang taw. Jadi kalau masih tumbuh jerawat tu check lah balik cara cuci muka tu betul-betul bersih ke tidak ya.


Kiri - Day Solution Sunscreen SPF 35
Kanan - Night Solution

Langkah seterusnya ialah Day Solution Sunscreen SPF 35. Pastikan kulit muka kita mendapat perlindungan secukupnya daripada cahaya matahari yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan kanser kulit. Day Solution ni juga mampu mengurangkan penghasilan jeragat yg kebiasaannya semakin ketara bila umur kita semakin meningkat. Yang bestnya Day Solution ni memang jenis ringan, tak melekit eh macam rasa tak pakai apa-apa pun.

Ha bila malam pula, Su pakai Night Solution yang mengandungi encapsulated vitamins dan antioxidants yang disatukan dengan kolagen untuk menghalang dan mengurangkan deep lines dan kedutan. Kita akan nampak biji-biji kecil yg sebenarnya adalah Nutribeads dan Microcapsules yang mengandungi vitamin. Bila kita pump keluar biji-biji tu akan pecah dengan sendirinya. Bangun pagi tu kan confirm senyum sorang-sorang terus berlari tengok cermin sebab memang rasa kulit sangat lembut. Ada customer ni pelik kenapa sejak pakai Night Solution parut jerawat dia semakin pudar. Suka betul dia taw!


Age Fighting Moisturizer - Combination to Oily Skin (CTO)



Age Fighting Moisturizer - Normal to Dry Skin (NTD)



Yang seterusnya ialah Age Fighting Moisturizer yang berindak sebagai pelembap. Ia didatangkan dalam 2 formula sama seperti Cleanser tadi iaitu NTD dan juga CTO. Su gunakan formula NTD dan yang bestnya bila pakai Moisturizer ni make up kita nampak lebih cantik dan long lasting. Sampai ke petang memang rasa moist je muka ni. Ia akan lock kelembapan di kulit selama 10 jam jadi memang tak akan rasa kering. Bagi formula CTO pula it's just nice! Bila pakai tu tak adelah rasa sgt oily pun. Tapi ia akan membantu mengawal dan menyeimbangkan kandungan minyak di muka kita.



Moisture Renewing Gel Mask

Langkah terakhir ialah manjakan muka dengan Moisture Renewing Gel Mask. Gel Mask ni lebih dikenali sebagai Sleeping Mask sebab kita boleh bawak tidur. Penggunaannya pula hanyalah dua atau tiga kali sahaja seminggu. Memang sangat jimat! Su pakai setahun pun tak habis-habis. Apa yang bestnya tentang mask ni ialah ia berfungsi untuk melembut, melembap, menghalus dan juga kalau siapa yang muka sensitif atau bermasalah sangat bagus gunakan Gel Mask ni sebab ia akan meredakan kulit kita yang bermasalah tu. Su memang ada masalah alergik, jadi bila tersalah makan akan buat naik ruam di muka, so apply Gel Mask ni je. Rasa sejuk di muka, esok pagi bangun memang hilang dah ruam tu! Kalau ada jerawat pun esok pagi confirm kecut. Best kan?


Ramai yang cakap mahalnya Timewise Miracle Set ni??? Hihi relax awak-awak semua yaaaa..bende berkualiti memang susah nak jumpa yang murahhhhhh. Hihi Tapi Timesiwe ni berbaloi-baloi taw. Tak percaya? Ha tengok ni pengalaman Su pakai :


3-In-1 Cleanser – Tahan selama 4 bulan
Moisture Renewing Softener – Tahan selama 4 bulan
Day Solution- Tahan selama 4 bulan
Night Solution-Tahan selama 4 bulan
Age Fighting Moisturizer-Tahan lebih 5 bulan
Moisture Renewing Gel Mask-Tahan lebih 8 bulan


Bila didarab ditolak ditambah dibahagi actually harga Timewise Miracle Set ni lebih kurang je dengan harga produk-produk kat luar sana tu taw. Yang ni berbulan-bulan pun tak habis-habis. hehe

Timewise Miracle Set ni boleh dibeli asing-asing. Tak wajib pun beli set. Su akan advise ikut bajet customer tapi seeloknya cuba yg asas dulu iaitu 3-In-1 Cleanser, Moisture Renewing Softener dan Age Fighting Moisturizer. Bila dah cuba tiga ni, confirm akan place order untuk yang lain pula. Orang kata Mary Kay ni berhantu sebab bila dah beli satu, nanti  mesti nak beli yg lain pula. Hihi



30 November 2014. Masa ni masih guna set Botanical Effects. Parut jerawat di dahi tu mmg sangat susah nak hilang


Setelah 10 bulan dengan Timewise Miracle Set. Anda nilaikan sendiri :)


Perubahan paling ketara bila pakai Timewise Miracle Set ni parut jerawat hilang! Bulan ni genap 11 bulan sy gunakan Timewise dan masih setia sehingga sekarang. Muka rasa lebih firm, lembut, warna kulit lg sekata dan rasa macam cerah sikit. Hihi Awak semua wajib try! Kenapa? Sebab Mary Kay ada customer satisfaction guarantee. Best kan? Nampak sangat Mary Kay memang sangat yakin dengan produk mereka. Dahla setiap tahun berbililon dolars diperuntukkan untuk buat R&D. Setiap produk yg dihasilkan pulak akan menjalani sebanyak 300,000x ujian sebelum dikeluarkan kpd pengguna. Lagi yg bestnya sebab produk yang dihasilkan adalah Clinically dan Dermatologist Tested. Jadi memang selamat dan tak perlu ragu-ragu tahap kebersihan dan keselamatannya. 

Jom whastapp su cepat! Su akan advise set mana yg sesuai untuk anda ya. Kita ikhtiar sama-sama. InsyaAllah kalau niat baik, Allah akan permudahkan. Mesti ada di antara kita yang dah pening sangat tak tahu ape lagi nak pakai kan. Dah dah, jangan bazir duit lagi beli macam-macam yang akhirnya kita yg merana. Igt taw Mary kay da CUSTOMER SATISFACTION GUARANTEE. Jadi anda takkan sesekali rasa menyesal. Pecayalahhh :)

With love,
Suraya Azmi
+6013-7345.908
Your Mary Kay Beauty Consultant


Copyright to SURAYA AZMI
Designed by UMIESUEstudio 2015